Perlindungan Kenderaan Untuk Warga & Komuniti RISDA

Kini warga dan komuniti RISDA boleh memperbaharui insurans atau takaful kenderaan dengan lebih mudah, cepat dan jimat melalui kerjasama PROTAC x GMAT.

Melalui kerjasama ini, semua warga serta komuniti RISDA kini boleh memperbaharui insurans dan takaful kenderaan dengan lebih mudah, pantas dan selamat — semuanya secara dalam talian.

Semua urusan dibuat secara digital — hanya klik pautan di bawah, pilih sebut harga terbaik, dan terus buat pembaharuan secara online sepantas 2 minit sahaja.

Kelebihan Untuk Warga RISDA
* Diskaun khas untuk komuniti RISDA (Isi kod promo PROTAC)
* Proses sepantas 2 minit sahaja & tanpa borang manual.
* Patuh Syariah, selamat & disokong oleh penyedia insurans/takaful terkemuka.

Inisiatif Bersama
Kerjasama diwujudkan untuk memberi kemudahan kepada Komuniti RISDA yang terdiri daripada Kumpulan RISDA, termasuk pemegang taruh terpenting iaitu Pekebun Kecil RISDA, supaya urusan perlindungan kenderaan dapat dilakukan dengan lebih efisyen – selaras dengan misi PROTAC dan GMAT untuk memperkasakan penggunaan digital di komuniti RISDA, dan khususnya di komuniti luar bandar.

Sertai Sekarang

*Tertakluk terma dan syarat